Publisiti dan Penyertaan Awam RKK Bandar Tok Bali

Draf Rancangan Kawasan Khas Bandar Tok Bali 2045 (RKK Bandar Tok Bali 2045) adalah merupakan rancangan pemajuan yang disediakan berasaskan kepada peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

Penyediaan RKK Bandar Tok Bali diselaraskan dengan Pelan Strategik Pelaksanaan Pelabuhan Tok Bali – Pelan Induk Taman Perikanan Bersepadu Tok Bali (Tok Bali Integrated Fishery Park) yang sedang disediakan oleh Perbadanan Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) serta mengambil kira pembangunan pelabuhan Portokbali oleh pihak East Coast Terminal Sdn. Bhd. Kawasan RKK Bandar Tok Bali merangkumi keseluruhan kawasan Perbadanan Bandar Tok Bali iaitu seluas 16,812 hektar yang meliputi Mukim Telong (3,589 hektar) dalam Jajahan Bachok (Di urustadbir oleh Majlis Daerah Bachok) manakala Mukim Semerak (2,569 hektar), Mukim Gong Kulim (3,652 hektar), Mukim Cherang Ruku (3,819 hektar), Mukim Gong Pachat (1,584 dan Mukim Tasik (1,599 hektar) dalam Jajahan Pasir Puteh (Di urustadbir oleh Majlis Daerah Pasir Puteh).

Strategi perancangan RKK Bandar Tok Bali adalah berlandaskan strategi-strategi pembangunan yang telah dirangka di dalam Rancangan Fizikal Negara (“Special Tourism Zone and Tourism Product”), IADA Semerak-Kemasin dan “Coastal Sea Port”. strategi pembangunan negeri Kelantan (New Growth Area), Rancangan Struktur Negeri Kelantan (Pelabuhan Bersepadu dan Pelancongan Pesisir Pantai) dan Draf Rancangan Tempatan Jajahan Pasir Puteh (Pusat Petempatan Utama, Hub Pembangunan Maritim, Hub Pelancongan dan Zon Pengekalan Padi). Selaras dengan ini, strategi perancangan RKK Bandar Tok Bali adalah seperti berikut:

  • Perancangan gunatanah yang menekankan kepada pembentukan komuniti taqwa dan sejahtera dengan penyediaan kawasan kediaman yang mampan dan lengkap dengan kemudahan bagi memenuhi kehendak masyarakat.
  • Perancangan guna tanah yang menekankan fungsi Bandar Tok Bali sebagai pusat petempatan utama (PPU) yang berperanan sebagai pusat bandar, pusat pelabuhan, pusat pelancongan dan pusat penyelidikan perikanan. Pembangunan pusat bandar Tok Bali digandingkan dengan cadangan Taman Perikanan Bersepadu Tok Bali di atas tanah milik MARA, PKINK dan Jabatan Perikanan dijangka dapat merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi.
  • Perancangan guna tanah yang memenuhi keperluan ekonomi dengan mengagihkan pusat perdagangan dan industria sebagai penjana pekerjaan bagi memudahkan ianya dihubungi oleh penduduk setempat.
  • Pembangunan Pelabuhan Portokbali adalah nadi kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi keseluruhan kawasan kajian.
  • Perancangan dan pembangunan infrastruktur pengangkutan yang bersepadu dengan perancangan gunatanah , mesra pengguna dan mesra alam sekitar.
  • Perancangan infrastruktur dan utiliti awam yang mencukupi dan memenuhi keperluan semua pengguna dan mesra alam.
  • Kawasan sepanjang pantai bermula dari Kampung Pak Yaakob (Telong) hingga ke Kampung Dalam Rhu kecuali kawasan Pelabuhan Portokbali dizonkan sebagai kawasan zon pelancongan pantai dan ‘scenic view’. Pengekalan ekosistem dan pembangunan di kawasan pantai adalah tertakluk kepada garispanduan pembangunan pantai.
  • Terusan Semerak dijadikan kawasan pelancongan utama yang berteraskan sungai seperti ‘river cruise’ , pesta air dan lain-lain lagi.

Orang awam boleh membuat semakan terhadap laporan Draf Rancangan Kawasan Khas Bandar Tok Bali 2045 di pejabat Majlis Daerah Pasir Puteh, pejabat Majlis Daerah Bachok dan pejabat Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kelantan di sepanjang tempoh publisiti diadakan, bermula 24 Jun 2012 hingga 31 Julai 2012 (hari bekerja sahaja) dari jam 9.00 pagi – 4.00 petang (Ahad-Rabu) dan 9.00 pagi – 3.00 petang (Khamis). Semakan secara dalam talian “online” boleh dibuat melalui :

http://www.townplan.gov.my/epublisiti

http://www.facebook.com/RKKBANDARTOKBALI

http://smp.townplan.gov.my/blog

  del.icio.us this!

No Response so far »

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.