PEJABAT BARU PEJABAT PROJEK ZON TIMUR

Bahagian Pembangunan Pejabat Projek Zon Timur Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia telah berpindah dari pejabat lama  di Tingkat 2 Bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu ke bangunan baru di Tingkat 4 WISMA PERKESO Jalan Air Jernih Kuala Terengganu secara rasmiya pada 1 April 2011. Sempena perpindahan ke pejabat baru, pejabat projek telah mengadakan majlis penyerahan kunci kepada Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu pada 27 Mac 2011.

Bahagian Pejabat Projek Zon Timur telah beroperasi 10 tahun di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu sebelum berpindah ke Bangunan Wisma PERKESO di Jalan Air Jernih Kuala Terengganu. Dalam majlis penyerahan kunci, Pejabat Projek Zon Timur mengucapkan ribuan terima kepada Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu yang telah memberi kemudahan dan kerjasama sepanjang beroperasi di Bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu.

Antara Gambar Suasana Pejabat Baru (Kemudahan Baby Sitting, Parking, Bilik Perbincangan, Bilik Mesyuarat Utama dan Pantry).

Kepada semua pelanggan atau pelawat yang ingin berurusan dengan Bahagian Pembangunan Pejabat Projek Zon Timur Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, boleh menghubungi kami di alamat..Bahagian PembangunanPejabat Projek Zon Timur Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Tingkat 4 Wisma PERKESO Jalan Air Jernih, Peti Surat 155 20538 Kuala Terengganu, Tel : 09-6267388/389 Faks : 09-6267391

  del.icio.us this!

1 Response so far »

  1. 1

    Irman bin Ibrahim said,

    June 21, 2011 @ 11:13 am

    Smart dan Tersusun, nanti nak singgah zon timur untuk site visit, hehe~

Comment RSS · TrackBack URI

Say your words

You must be logged in to post a comment.